fbpx

Piala FA: Guardiola mahukan penutup gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY akan turun dengan tekanan yang lebih kerana mereka perlu memastikan Piala FA kekal menjadi milik mereka selepas memenanginya musim lalu. - FB MANCHESTER CITY

LONDON – Rekod menjuarai Liga Perdana Inggeris empat kali berturut-turut nyata belum menghadirkan kepuasan buat Manchester City yang kini masih mengidam kejuaraan Piala FA.

Malam ini, anak buah Pep Guardiola bakal tampil di Stadium Wembley untuk hadapi perhitungan terakhir musim ini menentang musuh setempat, Manchester United.

Musim lalu, City menang 2-1 ke atas Man. United di pentas final dan Guardiola pastinya tidak rela maruah kelab tercalar memandangkan ramai yang melabel The Citizens sebagai pasukan pilihan.

“Adalah menjadi detik istimewa untuk berada di perlawanan akhir dan cuba memenangi piala ini. Saya tahu kamu (peminat) semua sangat teruja dan saya juga sedar betapa bermaknanya perlawanan ini buat kamu.

“Kami sudah melakukan persiapan dengan baik dan kami juga sudah mengkaji permainan United. Pemain saya kelihatan cukup fokus dan sudah pasti kami tidak sabar untuk turun beraksi,” katanya.

Perhitungan kedua-dua pasukan di pentas final musim lalu adalah pertemuan sulung babitkan dua kelab dari Manchester di perlawanan akhir.

Bagaimanapun, Guardiola tetap waspada dengan ancaman United dan percaya fokus sepenuhnya wajar diberikan oleh setiap pemain bagi memastikan Piala FA kekal di Etihad.

“Jujurnya, memenangi piala ini pada 2019 dan 2023 adalah detik terbaik saya sebagai pengurus. Ini adalah sejarah pertandingan Piala FA dan kami akan lakukan apa saja untuk terus memenangi pertandingan ini,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI