fbpx

Pengunjung kecewa pantai terkenal di Melaka jual makanan mahal, sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di Facebook Mohd Khalis Raouf.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa percutian di sebuah pantai terkenal di Melaka umpama ‘mimpi ngeri’ buat dia dan keluarga.

Ini kerana dakwa lelaki yang dikenali sebagai Mohd Khalis Raouf itu, kemudahan, makanan serta keadaan di pantai tersebut hanya ‘indah khabar daripada rupa’.

Katanya, dia menyesal membawa keluarganya bercuti di pantai tersebut kerana harga makanan mahal dan sejuk.

“Aku beli kentang spring, sejuk dan muak RM7, keropok lekor RM4 sejuk dan keropok lama, air anggur cawan besar RM5. Anak aku, sosej ayam gunting RM7 sejuk, sosej biasa RM3 sejuk.

“Mak mentua, tembikai dalam cawan air RM3, dia hulur RM10, tak dapat baki dah. Anak saudara, nampak ada budak jual biskut Nabati yang kedai RM2 jual tiga peket RM2, beli satu RM5,” luahnya di laman Facebook.

Menurut Mohd Khalis, makanan jalanan kalau sejuk memang mengecewakan dan bagaimana tempat sesak dengan pengunjung boleh menjual makanan yang sudah sejuk serta lama.

Lebih mengecewakan katanya, pantai berkenaan juga tiada tempat pengunjung untuk duduk oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Yang ada hanya kerusi ‘healing’, RM10, RM20. Tikar pun RM20,”ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengakui masalah di pantai berkenaan dan orang tempatan sendiri juga telah memboikot pantai terbabit.

“Sebagai orang Melaka sendri pun jarang pergi, pernah pergi sekali raikan kawan yang datang dari luar Melaka sibuk nak gi situ sekali ‘mendapat’. Memang nak bawa anak-anak sendiri, tak akan la,” tulis Saidatol Farhanah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurul Ibrahim.

“Saya rakyat Melaka pun malas nak ke sana. Tak menarik dah, jem (sesak) ja lebih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI