fbpx

Felda jenama semula D’Mart dengan kerjasama Segi Fresh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shabery (kiri) menyempurnakan gimik perasmian D'Mart Segi Fresh sambil diperhatikan oleh Syed Razlan (tengah) di cawangan D'Mart Segi Fresh Mempaga 2, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menjalin usahasama dengan pengendali pasaraya segar dan runcit, Segi Value Holding Sdn. Bhd. (SVH) bagi penjenamaan semula kedai D’Mart.

Pembukaan semula D’Mart dengan model perniagaan baharu menyasarkan penawaran barangan runcit dan segar dengan harga kompetitif kepada komuniti di Tanah Rancangan Felda.

Menurut Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, penjenamaan semula dengan nama D’Mart Segi Fresh yang diterajui KPF Trading Sdn. Bhd. memberi lebih banyak manfaat kepada komuniti Felda.

“Sejak awal penubuhan, kedai runcit ini telah memberi kemudahan kepada warga peneroka untuk mendapatkan barangan runcit dengan lebih mudah.

“Malah barangan segar seperti ayam, daging, makanan laut dan sayur-sayuran turut ditawarkan di samping barang runcit lain yang berkualiti serta pada harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demkian semasa berucap pada majlis perasmian pembukaan semula D’Mart Segi Fresh di Felda Mempaga Dua di Karak, Bentong, baru-baru ini.

Ahmad Shabery berkata, cawangan tersebut akan menjadi titik permulaan kepada pembukaan semula cawangan D’Mart di seluruh Tanah Rancangan Felda dengan imej baharu yang lebih segar untuk manfaat komuniti dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, Pengerusi D’Mart Segi Sdn.Bhd., Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail memberitahu, D’Mart Segi Fresh mampu memberi nilai tambah seterusnya membawa jenama itu ke peringkat yang lebih cemerlang pada masa depan.

“Menerusi pengalaman yang ada, kami yakin rangkaian D’Mart Segi Fresh mempunyai potensi tersendiri dan mampu menawarkan perkhidmatan terbaik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI