fbpx

LZS catat kutipan lebih RM1 bilion dua tahun berturut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Anwar (dua kiri) menunjukkan Laporan Kelestarian LZS pada sidang akhbar laporan kewangan agensi tersebut bagi tahun 2023.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus mencatatkan kutipan melebihi RM1 bilion bagi tahun kedua apabila merekodkan RM1.12 bilion bagi kewangan berakhir Disember tahun lalu .

Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata , jumlah tersebut adalah peningkatan sebanyak RM51.1 juta berbanding tahun lalu yang mencatatkan RM1.07 bilion pada tahun 2022.

Katanya, kutipan tertinggi pada tahun lalu itu diperoleh menerusi zakat pendapatan sebanyak RM662.6 juta .

“Saluran kutipan terbesar adalah menerusi potongan gaji iaitu RM372.2 juta dengan bilangan pembayar zakat adalah seramai 398,184.

“Kejayaan berterusan ini disokong melalui seramai 60,776 pembayar zakat baharu. Ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan berterusan pembayar zakat terhadap LZS bagi menjalankan amanah dalam segi kutipan dan agihan zakat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau , LZS turut berjaya mengagihkan sebanyak RM1.15 billion kepada lebih 350,000 penerima zakat pada tahun lalu, sekali gus menunjukkan peningkatan 9.7 peratus berbanding RM1.05 bilion yang diagihkan pada tahun sebelumnya .

“Pengagihan zakat lebih tinggi adalah disebabkan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang menetapkan agar kutipan zakat akhir tahun diagihkan kepada asnaf dalam tempoh enam bulan atau Jun pada tahun berikutnya .

“Lebih daripada RM700 juta disalurkan untuk program pembangunan sosial yang merupakan agihan zakat terbesar . Bilangan asnaf yang berjaya keluar daripada status asnaf adalah lebih 3,600 individu iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun 2022,” katanya .

Beliau turut positif LZS akan berjaya mencapai sasaran kutipan RM1.5 bilion menjelang 2025 .

Dalam pada itu, Syed Anwar memaklumkan LZS menjadi agensi zakat pertama di negara ini yang mengeluarkan Laporan Kelestarian LZS dalam menunjukkan ketelusan selepas pengauditan agar masyarakat tahu mengenai hala tuju penyaluran bayaran zakat itu.

“Perkara ini adalah wajib kepada syarikat yang tersenarai dalam bursa saham, namun tidak bagi agensi zakat. Namun kita lakukan kerana merasakannya adalah mustahak untuk diketahui orang ramai

“Saya percaya kalau orang tahu bagaimana wang itu dikutip dan disalurkan akan menambahkan kepercayaan masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI