fbpx

Insiden terhadap institusi negara tiada kaitan antara satu sama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution bercakap melancarkan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Insiden demi insiden terhadap institusi negara akhir-akhir ini disahkan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain memandangkan corak jenayahnya juga disifatkan berbeza.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan awal pihak polis juga mendapati kesemua kes jenayah, ugutan dan cubaan menceroboh Istana Negara itu mempunyai motif berbeza.

Beliau berkata, kes tembakan terhadap anggota polis di Ulu Tiram dikaitkan dengan elemen ‘lone wolf’ (secara bersendirian), manakala kes cubaan rampasan senjata api di Balai Polis Dato’ Keramat itu pula disebabkan mabuk.

“Yang kita tahan di Istana Negara pula, dia (pelaku) kata dia bermimpi dan mimpi itu memerintahkan dia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Yang di Datuk Keramat pula, dia (pelaku) mabuk, jadi tak sama.

“Kesemua corak jenayah itu diperolehi selepas kita profil pelaku jenayah dalam kes-kes berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah untuk menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang secara individu mahupun berkumpulan.

Ia termasuk serangan terhadap dua balai polis, Istana Negara dan ugutan bunuh diterima oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI