fbpx
Gambar hiasan

Duit KWSP buat tambah-tambah ketika bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Segelintir pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengakui menggunakan sebahagian pengeluaran Akaun Fleksibel mereka baru-baru ini untuk bercuti bersama keluarga.

Seorang pegawai bank, Maizatul Abdul Rahman, 39, berkata, dia dan suami merancang membawa anak-anak bercuti di Pulau Perhentian, Besut pada minggu hadapan sempena cuti persekolahan.

“Saya keluarkan sedikit Akaun 3 KWSP untuk ‘tambah-tambah’ belanja masa bercuti nanti.

“Sudah lama kami tidak bercuti bersama-sama, harap percutian ini walaupun dalam negara dapat menghiburkan anak-anak,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Maizatul berkata, dia tidak menganggap penggunaan wang caruman Akaun 3 KWSP itu untuk percutian keluarga sebagai satu pembaziran mahupun per­belanjaan tidak berhemah.

Jelasnya, percutian bersama keluarga amat penting bukan sahaja mengeratkan hubungan, malah baik untuk kesihatan mental dia, suami dan anak-anak.

“Saya anggap ia sebagai satu ‘pelaburan’ buat keluarga. Bukan saya habiskan semua caruman KWSP pun,” katanya.

Seorang lagi kakitangan swasta, Abdul Hadi Anuar, 47, juga memberitahu menggunakan sebahagian pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP untuk bercuti bersama keluarga pada musim cuti persekolahan tidak lama lagi.

“Insya-Allah saya akan membawa isteri dan anak-anak bercuti di Genting Highlands, Pahang hujung minggu ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN