fbpx

Bank Rakyat perkenal Kad Kredit-i Cikgu Sejati, tanda hargai jasa guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kad Kredit-i Cikgu Sejati menawarkan pelbagai faedah eksklusif dan ciri utama khas selain mempunyai reka bentuk yang menarik dan moden.

PETALING JAYA – Bank Rakyat memperkenalkan Kad Kredit-i Cikgu Sejati khusus buat warga guru bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-53.

Inisiatif ini melambangkan penghargaan Bank Rakyat yang merupakan salah satu rakan strategik Cuti-Cuti Cikgu yang diperkenalkan pada sambutan Hari Guru pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, Kad Kredit-i ini menawarkan pelbagai faedah eksklusif dan ciri utama khas selain mempunyai reka bentuk yang menarik dan moden.

Ujarnya, pelanggan turut berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak lima peratus bagi mana-mana transaksi di stesen minyak, kedai buku, hotel dan kedai alat tulis di seluruh negara.

“Kad Kredit-i ini turut menawarkan pelan bayaran ansuran sebanyak kosong peratus tanpa sebarang caj dikenakan.

“Ciri-ciri lain termasuklah tiada yuran tahunan, tiada caj tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing, perlindungan takaful keluarga secara percuma serta khairat kematian sebanyak RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohammad Hanis, inisiatif ini sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk beralih kepada transaksi tanpa tunai menerusi penggunaan e-pembayaran melalui kad kredit.

Kad Kredit-i Cikgu Sejati ini merupakan Kad Kredit-i patuhSyariah ditawarkan kepada warga guru di Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap peranan, jasa dan pengorbanan para pendidik tanah air.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-53 tahun ini bertemakan ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani telah diadakan pada 14 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI