fbpx

11 wanita warga asing ditahan terlibat aktiviti persundalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
11 wanita warga Filipina ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dan kuaters di kawasan Lazenda Commercial Centre, Labuan pada Isnin lalu. - IHSAN PDRM

LABUAN – 11 wanita warga Filipina ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dan kuaters di kawasan Lazenda Commercial Centre pada Isnin lalu.

Dalam serbuan sekitar pukul 10.30 malam itu, Op Noda (Pusat Hiburan) oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan turut menahan penjaga premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis Azmi Abd. Rahim berkata, serbuan pertama membabitkan sebuah premis pusat hiburan dan memeriksa seorang lelaki iaitu penjaga premis dan seorang wanita warga Filipina yang mengaku bekerja di premis terbabit sebagai pelayan.

“Pemeriksaan mendapati visa wanita berkenaan meragukan dan hasil soal siasat, wanita itu memberitahu bahawa terdapat 10 lagi wanita Filipina yang bekerja sebagai pelayan di premis sama sedang berada di kuarters pekerja pusat hiburan itu.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan serbuan sebelum menahan seramai 10 wanita warga Filipina. Semakan mendapati semua tangkapan mempunyai visa yang meragukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata, semua wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu adalah pelayan dan turut disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan.

“Pasukan operasi turut merampas semua pasport wanita terbabit dan 11 keping resit ‘ladies drink’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI