fbpx

Tok Mad sampaikan salam duka Malaysia kepada duta Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bersama Duta Besar Iran di Malaysia, Valiollah, hari ini.

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini telah menyampaikan salam takziah dan rasa duka rakyat Malaysia kepada Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

Menteri Luar itu berkata, salam duka dan takziah tersebut disampaikan terhadap kematian Presiden Republik Islam Iran, Seyyed Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri republik tersebut, Hossein Amirabdollahian dalam nahas helikopter terhempas, tempoh hari.

“Di Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia bagi menandatangani nota takziah bagi pihak kerajaan Malaysia, atas pemergian TYT Seyyed Ebrahim Raisi, Presiden Republik Islam Iran dan TYT Dr. Hossein Amirabdollahian, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran dalam nahas helikopter terhempas tempoh hari.

“Telah saya sampaikan salam takziah dan rasa duka rakyat Malaysia kepada TYT Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia atas kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat Republik Islam Iran,” tulisnya di Facebook, hari ini.

Terdahulu, pada Ahad lalu, helikopter yang membawa Raisi dan delegasi pengiringnya termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian, terhempas di hutan Dizmar di wilayah Azerbaijan Timur telah meragut semua nyawa yang berada di dalamnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI