fbpx

Hujan lebat di Pulau Pinang, Kedah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di enam negeri, petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu melibatkan Daerah Utara di Pulau Pinang serta Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Menurutnya, cuaca buruk itu juga dijangka melibatkan beberapa kawasan di Pantai Barat iaitu di Larut, Matang Dan Selama di Perak.

“Cuaca sama itu turut berlaku di kebanyakan kawasan melibatkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Temerloh).

“Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir juga dilaporkan di Sarawak, Mukah (Mukah), Bintulu dan Miri (Subis) dan Pedalaman Sabah di Beaufort serta Pantai Barat melibatkan Papar dan Tuaran.” katanya.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora diramal di kawasan perairan Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak pada petang ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” MetMalaysia dalam kenyataanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI