fbpx

Suasana sekolah kecoh, 30 pelajar asrama diserang histeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi surau sebuah sekolah di Tumpat yang berlaku kejadian histeria malam tadi.

TUMPAT – Suasana asrama di sebuah sekolah menengah di sini kecoh selepas 30 pelajar dipercayai diserang histeria malam tadi.

Seorang penduduk yang mahu dikenali Yantie, 20, berkata, kejadian itu berlaku semasa
sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan selesai membaca al-Quran di dalam surau sekolah tersebut.

“Bekalan elektrik secara tiba-tiba terputus semasa pelajar menunggu solat isyak.

“Tidak berapa lama kemudian, saya terdengar jeritan yang kuat sebelum suasana di dalam sekolah itu bertukar riuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Geting di sini hari ini.

Yantie memberitahu, jeritan itu menyebabkan ramai penduduk menghampiri pagar asrama sekolah untuk melihat keadaan yang berlaku.

Katanya, keadaan kembali pulih kira-kira dua jam kemudian selepas pelajar yang dipercayai diserang histeria dirawat menggunakan kaedah perubatan Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI