fbpx

Azizah ke Mekah sendirian selepas tolak empat kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAH yang datang seorang diri ke Mekah menghabiskan masa membaca Al-Quran sementara menanti musim haji.

MEKAH – Tanpa waris di sisi dengan usia lanjut sesuatu yang sukar bagi Azizah Awang Dollah 73, untuk mengerjakan haji.

Ia disebabkan penyakit gastrik serta faktor keupayaan fizikal yang agak terbatas untuk bergerak lebih jauh selain menahan cuaca panas.

Warga emas itu perlu bergantung kudrat kepada rakan-rakan lain untuk membantunya bergerak ke mana sahaja termasuk ketika mengerjakan ibadat.

Bagaimanapun untuk musim ini, Azizah yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan tetap nekad dan berdoa serta berserah kepada Allah SWT untuk menunaikan haji musim ini selepas empat kali menolak tawaran.

“Saya sudah mendapat panggilan daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebanyak empat kali tetapi terpaksa menolak di atas sebab kesihatan, Covid-19 dan bertukar nombor telefon.

“Apabila mendapat panggilan lagi untuk kali kelima, makcik nekad untuk pergi juga sebab Allah SWT sudah panggil. Selain itu saya fikir saya tetap kena pergi juga walaupun tiada peneman.Apa-apa saya berserah kepada Allah SWT,” katanya.

Walaupun tanpa kudrat yang kuat, dia berjaya mengikuti kursus haji setiap kali mendapat panggilan sebelum ini dengan keyakinan mengerjakan haji dengan sempurna.

Dalam pada itu Azizah ketika ditanya tentang petua untuk terus kekal sihat berkata, dia tidak mengambil gula dalam pengambilan diet seharian.

“Makcik memang tidak makan gula. Kalau beli sekilo gula tu boleh tahan setahun.”ujarnya.

Azizah yang mempunyai seorang anak berumur 40 tahun dan dua orang cucu berkata, anaknya tidak dapat mengiringi beliau kerana dirinya masih berumur 73 tahun.

“Pihak Tabung Haji hanya membenarkan anak mengiringi sekiranya saya berumur 75 tahun ke atas.

“Walau apapun makcik kena beringat dan bawa duit lebih sikit untuk upah orang tolak kerusi roda seperti ketika umrah pertama tempoh hari,” katanya.

Ketika diminta berkongsi petua panjang umur dengan sihat, dia berkata, pemakanan sederhana perlu diamalkan dengan berhenti makan sebelum kenyang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI