fbpx

Dua bot nelayan Vietnam curi sotong ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Firdaus memeriksa sebahagian sotong kering yang disyaki ditangkap secara haram oleh nelayan Vietnam dari perairan negara di Jeti Markas Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dua bot nelayan Vietnam yang sedang leka menangkap sotong di perairan Terengganu berjaya ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Terengganu pada Khamis lalu.

Kedua-dua bot nelayan asing itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Pekan pada kedudukan 287.1 kilometer dari timur muara Kuala Terengganu.

Timbalan Pengarah Maritim Terengganu, Mohd. Firdaus Mohd. Anuar berkata, sebaik menyedari kehadiran KM Pekan, dua bot nelayan Vietnam tersebut memecut laju cuba melarikan diri.

“Begitupun, kedua-dua bot terbabit berjaya juga dipintas setelah kira-kira sejam dikejar.

“Pemeriksaan mendapati kesemua 12 nelayan asing yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan perjalanan sah,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, bot nelayan Vietnam itu juga tidak mempunyai permit kebenaran menangkap ikan di perairan negara.

Beliau berkata, APMM percaya dua bot nelayan asing terbabit mencerobohi perairan negara bagi mengambil kesempatan lambakan sotong sempena musim mencandat pada masa ini.

“Siasatan awal berdasarkan hasil tangkapan yang dirampas, 12 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun itu memang menyasarkan sotong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI