fbpx

Kerajaan Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga polis, 3 anggota TLDM terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani.

LENGGONG – Kerajaan Perak akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, yang terkorban dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada pagi Jumaat lalu.

Malah kerajaan negeri akan memberikan sumbangan bernilai sama kepada setiap waris tiga mangsa anak jati Perak yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada April lalu.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan itu adalah daripada peruntukan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri akan menyumbang wang tunai RM5,000. Peruntukan kerajaan negeri. Bukan sahaja untuk mangsa polis, tetapi juga kita akan bagi kepada mangsa helikopter. RM5,000 bagi setiap keluarga,” katanya selepas merasmikan program Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024) di sini hari ini.

Sementara itu dalam program yang dihadiri beliau, Saarani berkata, PAC 2024 merupakan antara usaha kerajaan bagi merancakkan sektor pelancongan di negeri ini agar memberi manfaat ekonomi kepada rakyat Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI