fbpx

Dua bekas pegawai kanan Air Kelantan bebas jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat AKSB tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu untuk prosiding reman pada Khamis lalu.

KOTA BHARU – Empat lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang sebelum ini direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembinaan telaga jejari dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keempat-empat individu berusia dalam lingkungan 40 hingga 60-an itu dibebaskan hari ini selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM.

Sumber berkata, mereka dibebaskan selepas masing-masing membayar wang jaminan sebanyak RM10,000.

“Bagaimanapun, keempat-empat individu itu perlu melapor diri setiap bulan ke pejabat SPRM,” katanya.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan, empat lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat AKSB direman tiga hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung pembinaan projek telaga jejari yang gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk di negeri ini.

Perintah reman sehingga hari ini dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI