fbpx

Perkampungan sukan punca atlet tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REXY (kanan) mengakui kemampuan para pemain mengatasi tekanan di perkampungan sukan bakal menjadi penentu kejayaan di Olimpik Paris nanti.

BUKAN sasaran mahupun harapan peminat yang akan menjadi punca tekanan buat pemain-pemain badminton negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Sebaliknya, suasana di perkampungan sukan nanti mampu menjadi tekanan buat pemain-pemain negara, terutamanya apabila melihat kejayaan atlet-atlet lain yang sudah pun meraih kilauan pingat.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, memandangkan sukan badminton hanya akan bermula pada 27 Julai, maka pemain-pemain pastinya akan menyaksikan atlet-atlet lain memenangi pingat terlebih dahulu.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan berdasarkan pengalamannya ketika memenangi pingat emas buat Indonesia dalam acara beregu lelaki pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 di Amerika Syarikat.

“Berhubung tekanan, buat masa ini belum boleh dilihat kerana ia hanya akan nampak ketika berada di perkampungan sukan nanti. Saya pernah berada dalam situasi itu ketika diletakkan sasaran untuk mendapatkan emas.

“Badminton nanti kita hanya akan bermula pada 27 atau 28 Julai, jadi dalam tempoh itu (ke final) pasti ada atlet yang memenangi emas, sedangkan ketika itu kita baru sahaja bermula. Itu yang akan menjadi tekanan,” katanya.

Justeru, beliau yang juga bekas juara dunia mengakui, kekuatan mental pemain akan memainkan peranan cukup penting dan di situlah khidmat pakar psikologi ABM, Frederick Tan diperlukan.

“Frederick akan memainkan peranan penting nanti apabila kita berada dalam situasi seperti itu nanti. Frederick sudah ada perancangan dan ia akan dikekalkan sehingga ke Paris,” ujar Rexy.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI