fbpx

‘Kerana guru saya jadi orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Isam menghadiahkan kek ke semua sekolah di parlimen berkenaan sempena Sambutan Hari Guru, di Tampin hari ini.

TAMPIN – Tradisi seorang wakil rakyat menghadiahkan kek setiap kali Sambutan Hari Guru diteruskan buat tahun ke-11 dengan kali ini membabitkan 59 buah sekolah di Parlimen Tampin.

Wakil rakyat berkenaan yang juga Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa berkata, tradisi itu bermula sejak tahun 2013 apabila dia terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh membabitkan 26 buah sekolah termasuk sekolah berasrama penuh dan juga sekolah agama rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah kek yang disediakan meningkat pada tahun lalu apabila beliau terpilih menjadi Ahli Parlimen Tampin sejak tahun lalu dan terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen berkenaan iaitu Repah, Gemas selain Gemencheh.

“Jadi sambutan hari guru kali ini, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Dato Abdullah (SKDA) di Gemencheh untuk menghantar sendiri kek ke sekolah lama saya ini. Walaupun kesemua guru yang mendidik saya telah bersara di sekolah ini, namun sekolah inilah yang banyak membentuk saya sehingga berjaya seperti hari ini.

“Dengan didikan guru di sekolah ini, saya berjaya menjadi seorang jurutera, Adun dan Ahli Parlimen. Terima kasih cikgu. Saya harap agar murid dan pelajar di parlimen ini khususnya akan dapat terus menghormati dan menghargai guru masing-masing,” katanya ketika ditemui di SKDA, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI