Saudara Pengarang
Agak mengecewakan ketika kunjungan saya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini, saya dapati papan tanda pusat kesihatan kampus yang sudah lusuh sejak 2023 masih belum diganti.
Pada hemat saya, UiTM mempunyai tanggungjawab untuk menjaga aset-asetnya supaya berada dalam keadaan baik.
Papan tanda yang tidak boleh dibaca mungkin akan mengakibatkan orang ramai kurang yakin dengan keberkesanan serta tadbir urus UiTM Shah Alam.
Saya memohon supaya UiTM segera membaik pulih papan tanda itu atau menggantikan dengan yang baharu. Pusat kesihatan itu dikunjungi staf, pelajar dan pesara.
Saya juga telah membuat aduan di akaun X UiTM Official dan menghantar e-mel pada November dan Disember tahun lalu, namun masih tiada tindakan.
Bangga Bumiputera,
Kamaruddin Hassan
Seksyen 8, Shah Alam














