fbpx

Mendiang Mutang Tagal kebanggaan etnik Lun Bawang – Speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Mutang.

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih atas pemergian Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Johari berkata, mendiang merupakan seorang pemimpin kebanggaan etnik Lun Bawang yang sangat komited dalam usaha reformasi institusi Parlimen Malaysia.

“Beliau juga seorang pemimpin yang amat prihatin akan kebajikan rakyat Malaysia dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar kepada semua.

“Saya mewakili seluruh Parlimen Malaysia berharap agar keluarga mendiang diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat yang memilukan ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, mendiang Mutang Tagal meninggal dunia di IJN pada usia 70 tahun.

Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI