fbpx

1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan terima peruntukan selenggara, naik taraf tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAH WOH menyampaikan replika cek bernilai RM50,000 untuk peruntukan penyelenggaraan Sekolah SABK Maahad Al Khair Lil Banat di Aulong Taiping hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

TAIPING – Sebanyak 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh negara akan menerima peruntukan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf tandas sekolah pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM134 juta untuk diagihkan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

“Pada tahun lepas peruntukan telah diberikan kepada sekolah kerajaan dan sudah tiba masanya untuk Sekolah Bantuan Kerajaan pula mendapat peruntukan tersebut.

“Kita akan salurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah itu selepas proses segala tatacara kewangan yang ada dan setelah tatacara kewangan telah dipenuhi, maka kita akan salurkan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan ke Negeri Perak di SABK Maahad Al Khair Lil Banat di Taiping di sini hari ini.

Menurut Kah Woh, dalam sesi lawatannya di tujuh sekolah iaitu dua Sekolah Bantuan Kerajaan dan lima sekolah kerajaan, Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM38,000 untuk semua sekolah kerajaan di Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI