fbpx

[VIDEO] Hanya bahagian terjejas di JPJ Wangsa Maju ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly pada sidang akhbar berkenaan Operasi 'ULAT' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

SEPANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan jaminan bahawa operasi perkhidmatan agensi itu di cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur masih lagi dibuka seperti biasa hari ini.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, seksyen yang terjejas ekoran hujan lebat semalam perlu ditutup buat sementara waktu.

“Hanya tempat yang terkesan sahaja (ditutup sementara) dan bukan seluruh bangunan itu.

“Cuma ada beberapa seksyen yang terpaksa ditutup untuk proses baik pulih antaranya di bahagian pelesenan pemandu, namun tidak semua kawasan terkesan banjir itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini lewat malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran video tular memaparkan keadaan beberapa bahagian di JPJ Wangsa Maju yang banjir akibat limpahan air hujan semalam.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, orang awam yang ingin berurusan di JPJ Wangsa Maju masih boleh hadir selain tidak perlu risau dengan keadaan bangunan di situ.

Ditanya mengenai nilai kerosakan pula, beliau berkata, pihak JPJ Kuala Lumpur sudah membuat anggaran kerugian dan sedang menyediakan satu laporan lengkap kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI