fbpx

Kereta Safiq Rahim pula dipecah guna tukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Safiq Rahim di akaun Instagramnya malam tadi memaparkan keadaan cermin belakang kereta Honda City yang pecah dalam kejadian malam tadi.

PETALING JAYA – Cermin belakang kenderaan milik pemain bola sepak tempatan, Safiq Rahim dilaporkan dipecah menggunakan tukul, dalam kejadian di Jalan Seri Gelam menghala Pantai Lido, Johor Bahru malam tadi.

Menurut perkongsiannya di akaun Instagram, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.05 malam ketika beliau selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT Seri Gelam.

Dalam laporan polis yang dimuat naik, ujarnya, keretanya dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua individu tidak dikenali.

Kemudian pembonceng mengeluarkan sebatang tukul besi sebelum memukul cermin belakang keretanya jenis Honda City.

“Ketukan itu menyebabkan saya terkejut dan memberhentikan kereta. Kemudian dua lelaki tersebut berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya.

“Kerana takut, saya mengundurkan kereta sebelum dua lelaki berkenaan beredar dari lokasi kejadian.

“Ketukan tersebut menyebabkan cermin bahagian belakang kereta saya pecah,” ujar kenyataannya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Larkin itu.

Di ruangan kapsyen, pemain kelab Johor Darul Takzim itu turut berkata, zamannya perlu berjaga-jaga ekoran beberapa siri ancaman terhadap pemain bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini.

“Tidak sangka saya pula kena serang berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga,” tulisnya.

Jumaat lalu, pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 25, cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun di sebuah apartmen.

Kemudian, pemain Selangor FC, Faisal Halim pula disahkan melecur tahap empat terkena simbahan asid, di pusat beli-belah Petaling Jaya, pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci dan sedang mengesan suspek,”katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI