fbpx

UFO berbentuk garisan putih dirakam di Uruguay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH UFO aneh dirakam di ruang udara Uruguay pada bulan lalu. - Foto reddit/@littlespacemochi

MONTEVIDEO – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk aneh dikesan terbang melintasi Uruguay tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, lapor laman berita Daily Star semalam.

UFO berbentuk seperti seperti satu garisan putih itu dirakam dalam satu kilp video berdurasi 29 saat di bahagian yang tidak didedahkan di negara tersebut.

Ia dirakam pada 13 April lalu sebelum disiarkan di laman perbincangan sosial, Reddit.

Seorang netizen berkata: “Ia kelihatan seperti cakera plastik dalam gerakan perlahan. Adakah sesiapa menyedari bahawa Amerika Selatan mempunyai begitu banyak penampakan UFO ketika ini? Ia kelihatan sangat hebat jika ia adalah asli dan bukan muslihat.”

Seorang netizen lain mempersoalkan mengenai sama ada UFO itu terbang pada kedudukan yang rendah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI