ANGGOTA APM mengeluarkan seekor lembu yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kampung Kilang Batu, Relau di Bandar Baharu, hari ini. - Gambar APM BANDAR BAHARU

Bunyi air berkocak rupanya lembu dalam lubang kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR BAHARU – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamatkan seekor lembu yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan di belakang sebuah rumah di Kampung Kilang Batu, Relau di sini hari ini.

Kejadian disedari pemilik rumah kira-kira pukul 6.30 pagi tadi selepas terdengar bunyi air berkocak kuat dari arah lubang kumbahan.

Pemilik rumah kemudian mendapati seekor lembu berada di dalam lubang tersebut sebelum cuba mengeluarkannya dengan bantuan penduduk kampung, namun tidak berjaya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada pukul 5.23 petang.

“Anggota APM terpaksa memecahkan bahagian lubang kumbahan itu bagi mengeluarkan lembu tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi mengeluarkan haiwan berkenaan selesai pada pukul 7 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN