fbpx

Pochettino tak runsing masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENANGAN ke atas West Ham akan kembali meredakan tekanan dihadapi Pochettino ketika ini. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino seakan merasakan masa depannya bersama pasukan itu masih tidak terjamin meskipun berjaya mengukir kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur di Stamford Bridge kelmarin.

The Blues kembali merakam kemenangan pertama daripada tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil dua gol daripada Trevoh Chalobah dan Nicholas Jackson.

Kemenangan itu kembali menghidupkan peluang Chelsea untuk layak ke kejohanan Eropah musim depan apabila ketinggalan tiga mata di belakang pasukan tempat keenam, Manchester United yang menghuni slot ke Liga Konferens Europa.

Bagaimanapun, ia masih belum meyakinkan pihak pengurusan tertinggi Chelsea berhubung masa depan pengendali dari Argentina itu susulan kekalahan memalukan 0-5 di tangan seteru setempat, Arsenal sebelum ini.

“Sudah tentu saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pasukan muda ini. Namun, saya tahu keadaannya. Cukuplah, semua pengurus memerlukan masa untuk menerapkan idea dan falsafah mereka.

“Anda perlukan masa, lebih-lebih lagi dengan pasukan yang muda. Namun, segala keputusan bukan di tangan saya sama ada saya akan kekal di sini ataupun tidak,” kata Pochettino.

Disebabkan itu, bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) tersebut hanya mahu memastikan yang terbaik buat pasukannya tanpa memikirkan mengenai masa depannya dengan kemenangan ke atas West Ham United malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI