fbpx

Johor arah 16 PBT atasi banjir di 120 lokasi hotspot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFNI (kanan) melihat takungan air (sump) ketika meninjau kerja-kerja pembinaan tembok penghalang banjir anak Sungai Pandan di Present 10, Taman Setia Indah, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini diminta mengutamakan usaha mengatasi masalah banjir di kawasan masing-masing secara berfasa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, hal itu bagi membolehkan kerajaan negeri mengatasi masalah itu melibatkan 120 hotspot yang dikenalpasti di seluruh Johor.

Katanya, usaha berkenaan bagaimanapun perlu melihat kepada peruntukan setiap PBT kerana pelaksanaan projek tebatan banjir memakan kos tinggi.

“Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan untuk menyelesaikan masalah banjir di 15 hotspot mereka dalam tempoh dua tahun. Mereka sediakan peruntukan RM15 juta masing-masing bagi tahun ini dan juga tahun depan.

“Begitu juga Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang turut menyasarkan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot mereka dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan tebatan banjir di Presint 10, Taman Setia Indah, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Jafni, langkah yang diambil setiap PBT dalam menyelesaikan terus masalah banjir di sesuatu kawasan adalah dengan mengambil kira penyelesaian jangka masa panjang.

Sementara itu, mengulas berhubung projek tebatan banjir di Presint 10, Taman Setia Indah itu, pihaknya memberitahu MBJB memperuntukkan RM6.5 juta untuk pembinaan tembok setinggi 2 meter sepanjang jarak 430 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI