fbpx

[VIDEO] Dakwaan penarikan subsidi petrol, diesel masih dibincang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir bertemu pemimpin masyarakat di Permatang Pauh, hari ini. Foto oleh NOOR HASLIZA NUSI/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan ada membincangkan mengenai penarikan subsidi bahan api namun belum memuktamadkannya di peringkat Kabinet.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini media antarabangsa dilihat terus menyerang dari segi pelaporan berita-berita negatif sedemikian sehingga dijadikan sebagai ‘modal’ oleh pihak pembangkang.

Menurutnya, pada prinsipnya penyasaran subsidi tidak akan membebankan rakyat dan akan diumumkan kepada rakyat sekiranya mencapai sebarang keputusan.

“Mungkin kerana pendirian kita dalam isu-isu politik yang tegas maka ada media dan antarabangsa yang terus menyerang dari segi berita-berita yang negatif.

“Umpamanya kasino, tidak pernah dibincangkan, tidak pernah sampai pada maklumat saya tapi dijadikan isu yang panas.

“Kemudian, isu penarikan subsidi walaupun ada perbincangan awal tapi tidak ada keputusan muktamad tarikh pelaksanaan kerana kaedahnya itu harus diterangkan supaya tidak membebankan rakyat,” beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpin masyarakat di Permatang Pauh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, etika sebarang pelaporan berita seharusnya diterbitkan berdasarkan fakta dan bukannya berlandaskan sumber semata-mata.

“Jadi saya lihat ini nampak berlarutan dan saya rasa kita terima prinsip kebebasan tetapi ada etika berdasarkan fakta.

“Dalam hal ini juga, jemaah menteri belum membuat sebarang keputusan muktamad. Jadi bagaimana boleh kita pastikan sekian dan sekian yang tidak sihat. Kerana kalau kita nak laksanakan, saya beritahu dia tidak akan membebankan rakyat, maknanya seperti elektrik.

“Tak ada sumber mana. Sumber-sumber yang boleh dipercayai. Jadi kena rujuk dasar. Mana boleh sumber kalau kerajaan nak umum. Kita bagi tahu, kita bagi notis, bukan nak rahsia,” ujarnya.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata yang pihaknya menyangkal laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, mesyuarat Jemaah Menteri tidak langsung membincangkan perkara itu sebelum ini termasuk pada minggu lepas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI