fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lima negeri sehingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di lima negeri sehingga tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia dalam kenyataannya, cuaca buruk melibatkan beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung iaitu Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor

“Dalam pada itu, hujan lebat turut melibatkan beberapa tempat di Sarawak, Miri (Subis dan Miri)

“Sementara itu, cuaca dalam keadaan baik di negeri lain seperti Utara dan Pantai Timur,” ujarnya

Bagaimanapun hujan lebat dan ribut petir dijangkakan berlaku melibatkan pedalaman negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada petang ini – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI