fbpx

Beri peluang bukan bumiputera masuk UiTM dapat bantu bumiputera – Zaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan kemasukan graduan bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukanlah satu bebanan, malah ia mampu memberi manfaat kepada bumiputera.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir apabila mengatakan tiada perbincangan dilakukan kementeriannya bersama UiTM berhubung pembukaan Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’ kepada graduan bukan bumiputera.

Menerusi ciapan Zaid di laman X hari ini, beliau mendakwa ketakutan untuk membuka UiTM kepada bukan bumiputera adalah kerana UMNO dan meminta parti itu melihat isu berkenaan secara berbeza.

“Institusi pendidikan kita perlu terbuka dan mengambil semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.

“UiTM dimulakan untuk membantu bumiputera dan harus terus berbuat demikian.

“Tetapi hari ini, kita harus sedar bahawa membantu bukan Melayu masuk ke UiTM juga akan membantu bumiputera dengan menyelesaikan masalah negara,” katanya.

 

Zaid

Dalam pada itu, Zaid menegaskan bahawa Malaysia kini menghadapi kekurangan pelbagai pakar perubatan dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

“Ketakutan untuk mempunyai lebih ramai bukan Melayu sebagai doktor, jururawat atau pensyarah adalah trauma pada tahun 1970-an. Umno mesti menghilangkan ketakutan yang tidak rasional ini.

“Kita kini adalah sebuah negara dengan masalah yang lebih ketara, tetapi mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkhidmat kepada setiap kumpulan.

“Jangan terus mentadbir negara ini dengan ketakutan masa lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI