fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Satu kertas siasatan dibuka, 3 laporan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan dan tiga laporan diterima setakat hari ini sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun Kuala Kubu Baharu, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, satu kertas siasatan dibuka, disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Selain satu kertas siasatan dibuka, kita juga menerima sebanyak tiga laporan sejak 27 April (Sabtu) sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Ibu Pejabat Hulu Selangor telah meluluskan sebanyak 28 permit ceramah dan 25 permit kempen.

“Bagi memastikan setiap kempen atau ceramah yang dijalankan mematuhi undang–undang yang telah ditetapkan, kita telah membuat pemantauan di setiap kawasan kempen dan ceramah yang diadakan.

“Setakat ini, kempen-kempen yang dilaksanakan oleh barisan parti yang bertanding dalam keadaan harmoni teratur dan terkawal,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya situasi berkempen secara sihat ini dikekalkan sehinggalah tempoh akhir berkempen.

“Kita ingin menasihatkan supaya semua calon yang bertanding serta kumpulan penyokong menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang telah ditetapkan sepanjang PRK Kuala Kubu Baharu berlangsung.

“Elakkan daripada membuat sebarang provokasi dan perkara–perkara yang boleh menimbulkan insiden yang tidak diingini yang mana sekaligus boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Sebarang permasalahan yang timbul, mana–mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang–undang sedia ada,” pesannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI