fbpx

El Nino: Kerajaan beli 20 pam air baharu bantu pesawah di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (duduk, dua dari kiri) bersama Anwar (duduk, dua dari kanan) ketika mengadakan pertemuan tertutup dengan Mohd. Nassuruddin (duduk, tengah) di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan meluluskan peruntukan membeli sebanyak 20 pam air baharu bagi membantu pesawah-pesawah di Kelantan yang berdepan kerugian berikutan kerosakan tanaman akibat kemarau.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tertutup antara wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan sebentar tadi.

“Kita telah berbincang dan meluluskan untuk membeli pam air yang baharu bagi membantu pesawah di Kelantan.

“Saya kurang pasti jumlah sebenar peruntukannya, tetapi ia diberi mengikut keperluan. Hari ini, kita luluskan untuk membeli 20 unit pam air baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyertai kunjungan hormat dan pertemuan tertutup Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohd. Nassuruddin sebelum menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di Bandar Baru Tunjong, di sini malam ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad turut mengakui masalah kerosakan tanaman di Kelantan tahun ini merupakan antara terburuk berbanding sebelum ini.

“Tahun ini berlaku keadaan cuaca panas luar biasa di Kelantan. Bagaimanapun, bantuan-bantuan khas akan diberikan bergantung kepada permohonan daripada petani da pesawah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI