fbpx

Almari ‘naik’ motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menunggang motosikal dengan tangan kanan memegang hendal minyak, manakala tangan kiri memegang tali yang mengikat almari. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia menunjukkan aksi seorang lelaki mengangkut  almari besar menggunakan sebuah motosikal, lapor portal berita Okezone semalam.

Rakaman  itu dikongsi  di laman Instagram menerusi akaun @willsmith.

Dalam video itu, tiga individu bekerjasama untuk meletakkan sebuah almari besar di atas motosikal.

Almari itu diikat rapi  secara melintang dan menegak bagi memastikan pintunya tidak terbuka.

Seorang lelaki kemudian duduk di bahagian hadapan pelana motosikal berkenaan.

Dia menunggang motosikal dengan tangan kanan memegang hendal manakala tangan kirinya menggenggam tali mengikat almari.

Dia  mengendalikan motosikal itu penuh berhati-hati sebelum tiba di destinasi yang dituju dengan selamat.

Ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan kemahiran  yang ditunjukkan lelaki tersebut.

“Kalau ada jalan susah, mengapa perlu memilih yang mudah?” kata seorang netizen.

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” ujar pengguna media sosial  lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI