fbpx

Pekan berusia 300 tahun muncul semula akibat kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Pantabangan yang kering dikunjungi oleh ramai pelancong - GETTY IMAGES

MANILA – Sebuah penempatan lama berusia hampir 300 tahun yang tenggelam disebabkan pembinaan empangan di utara Filipina, muncul semula selepas paras takungan menurun akibat kemarau.

Sisa runtuhan di tengah-tengah Empangan Pantabangan dalam wilayah Nueva Ecija, kini menjadi tarikan pelancong walaupun kawasan itu dilanda panas melampau.

Ia merupakan kali keenam pekan lama itu muncul semula sejak empangan tersebut dibina pada 1970-an.

Empangan Pantabangan diwujudkan bagi menyediakan sistem pengairan untuk petani tempatan dan menjana kuasa hidro.

“Ini adalah masa paling lama (sisa runtuhan boleh dilihat) berdasarkan pengalaman saya,” kata Paladin kepada agensi berita AFP.

Paras air empangan itu berkurang sebanyak hampir 50 meter daripada paras tinggi biasa iaitu 221 meter, demikian menurut angka daripada peramal cuaca negeri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI