fbpx

Pelaksanaan sebat di tempat terbuka perlu penglibatan agensi Pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

HULU SELANGOR – Pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di tempat terbuka memerlukan penglibatan pebagai agensi daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, setakat ini, tiada perbincangan dilakukan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Pelaksanaan perlu melibatkan bantuan daripada agensi-agensi pusat. Jadi bukan senang hanya menyatakan nak melakukan hukuman dalam aspek jenayah syariah tetapi pelaksanaannya.

“Kerajaan negeri mempunyai polis atau penjara mereka sendiri?” katanya ketika ditemui selepas melawat projek baik pulih dan naik taraf bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan Kerajaan Terengganu sedia mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di tempat terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata, penelitian sedang dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, perkara itu perlu dilihat secara keseluruhan berikutan kebanyakan undang-undang melibatkan hukuman berada di bawah agensi Kerajaan Persekutuan.

“Jadi saya rasa kalau mereka nak buat, mereka perlu melihat dalam aspek yang lebih menyeluruh dan bukan hanya setakat bercakap mereka nak lakukan.

“Perlu ‘revamp the existing law’ (gubal semula undang-undang sedia ada) atau kuasa peringkat negeri. (Kalau tidak), siapa yang nak buat pelaksanaan. Tak tahulah mungkin exco (mereka) yang nak sebat sendiri. Tapi nanti dia kena saman atas ‘assault and battery’ pula,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI