fbpx

Terengganu pertimbang laksana sebat syariah di tempat terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohd. Zakri (dua dari kanan) menyampaikan bantuan pendahulan nafkah kepada salah seorang ibu tunggal sambil diperhati Muhammad Khalil (tiga dari kanan) di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sedia mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di tempat terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata, penelitian sedang dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) perlu dirangka sebelum pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di tempat terbuka berkenaan dilaksanakan.

“Buat masa ini (hukuman) dilaksanakan di tempat tertutup iaitu di Penjara Marang. Jika dilihat kepada semangat (pengajaran), hukuman ke atas pesalah, undang-undang Islam harus dibuat di khalayak ramai namun ia subjektif,” katanya, di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu kepada 16 ibu tunggal berkelayakan.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. pula menjelaskan, peruntukan sedia ada memberi kuasa kepada hakim syarie untuk menentukan lokasi pelaksanaan hukuman.

“Berdasarkan enakmen sedia ada, hukuman akan dibuat di penjara kecuali disebut sebaliknya oleh hakim yang membacakan keputusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI