fbpx

Lembu betina bunting mati didakwa dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor lembu betina yang bunting ditemui mati dipercayai dibaham harimau di Kampung Bukit Lanjut, Pendang, tengah malam tadi.

PENDANG – Seekor lembu betina yang sedang bunting ditemui mati dipercayai dibaham harimau di Kampung Bukit Lanjut, di sini tengah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada seorang penduduk pada pukul 12.21 tengah malam.

“Berdasarkan maklumat daripada pengadu, dia terdengar bunyi bising daripada seekor lembu di belakang rumah sebelum keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Namun apabila dua kali pengadu terdengar bunyi seperti harimau mengaum, dia terus masuk ke dalam rumah dan menghubungi APM,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, anggota APM yang tiba di lokasi selepas itu mendapati lembu betina bunting berkenaan sudah mati dengan kesan darah di bahagian badan dan muka.

Tambahnya, anggota APM turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian, namun mendapati tiada kelibat harimau di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI