fbpx

Kota Bharu cecah suhu 37 darjah Celcius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu. – ZULHANIFA SIDEK

PETALING JAYA – Tujuh daerah di Kelantan termasuk Kota Bharu dijangka menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari sehingga Rabu ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataannya memberitahu, cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut melanda Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Pasir Puteh selama tiga hari berturut-turut.

“Cuaca panas pada tahap satu dengan suhu maksimum harian boleh mencecah 37 darjah Celsius itu juga dijangka melanda daerah Besut, Terengganu dan Raub, Pahang.

“Selain itu, cuaca panas dengan suhu sama juga dijangka di Kedah melibatkan Padang Terap, Baling dan Bandar Baharu,” ujar MetMalaysia.

Sementara itu, di Sarawak pula, cuaca panas dengan suhu mencecah 37 darjah Celsius itu turut dikesan di Limbang serta di Kudat, Kota Marudu dan Beaufort, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI