fbpx

Perlis mohon buka pintu sempadan Kuala Perlis, Wang Kelian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PINTU sempadan ICQ Wang Kelian, dekat Padang Besar.

KANGAR – Kerajaan negeri memohon pembukaan semula pintu sempadan Kuala Perlis dan Wang Kelian bagi menggerakkan ekonomi kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Sempadan negeri, Izizam Ibrahim berkata, permohonan itu dilakukan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kawalan Sempadan Negara (JPKSN) serta Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-142 pada Februari lalu.

“Dalam mesyuarat berkenaan, kerajaan negeri memohon agar memberi pertimbangan bagi cadangan pembukaan semula kawasan sempadan di Kuala Perlis dan Wang Kelian. Ia kini sedang dalam perhatian dan tindakan lanjut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Sekiranya mengikut perancangan, projek-projek ini dijangka mampu meningkatkan ekonomi negeri dan imej pelancongan serta memberi limpahan peningkatan pendapatan kepada rakyat,” katanya ketika Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di sini hari ini.

Katanya, sempadan Kuala Perlis-Satun dibuka bagi tujuan ‘barter trade’ sejak 1993 namun bagi orang awam atau penumpang, tiada aktiviti pendaratan dilakukan kerana tiada kelulusan daripada agensi berkaitan.

Beliau menjawab soalan Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis-Bersatu) mengenai cadangan pembukaan semula pintu sempadan Kuala Perlis – Satun untuk orang ramai keluar masuk selain tindakan mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 melalui pintu sempadan Kuala Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI