fbpx

Jumlah pekerja Malaysia cecah 16.51 juta orang, tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven ketika berucap pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024, di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia ketika ini merekodkan jumlah pekerja tertinggi dalam sejarah iaitu seramai 16.51 juta orang.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, jumlah pekerja itu mustahak bagi merancakkan semula ekonomi negara.

Beliau berkata, dalam reformasi 100 hari Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), kementerian telah melaksanakan 80 pembaharuan yang boleh dirangkulkan dalam empat tema utama.

“Ia termasuk gaji pekerja yang lebih wajar, kemahiran pekerja yang lebih tinggi, perlindungan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh dan tatakelola yang lebih baik.

“Tahun ini juga, kita akan menyemak semula kadar gaji minimum. Kajian 10 tahun menunjukkan gaji minimum mempunyai kesan positif ke atas mereka yang berpendapatan rendah, dengan peningkatan upah bulanan individu hampir 60 peratus dari 2010-2019.

“Justeru, antara prakarsa kerajaan untuk menambahbaik keadaan upah pekerja Malaysia ialah dengan memperkenalkan dasar gaji progresif bagi memacu pampasan upah yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI