fbpx

Harum manis Kedah sudah popular, boleh atasi Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menandatangani plak pada Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala di Yan, hari ini.

YAN – Kerajaan negeri yakin harum manis Kedah yang dijenamakan sebagai Harum Manis D’Aman mampu mendominasi pasarannya di negara ini dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut menyifatkan harum manis Kedah itu telah mula meraih perhatian peminatnya selain sudah jauh meninggalkan populariti harum manis negeri lain walaupun baru dilancarkan tahun lepas.

“Sudah 80 tiang tinggal (jauh meninggalkan) harum manis Perlis daripada segi keluasan saiz dan tanaman. D’Aman ini luas tanamannya dan banyak produk dia. harum manis ini asalnya dari Kedah, varieti itu dari Kedah cuma dikomersialkan di negeri lain. Kita ambil balik dan kita namakan D’Aman yang Kedah punya.

“Kita ada banyak tanaman harum manis yang ditanam oleh persendirian, nanti ramai akan jadi pekebun kecil D’Aman selain Jabatan Pertanian. Harum manis Kedah boleh atasi harum manis di Perlis. Sekarang kita bersaing rapat walaupun baru mula tahun lepas, kalau tempoh lama lagi tinggal 80 tiang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala yang kini dikenali sebagai Pusat Mempelam Kedah sempena Fiesta Mempelam Kedah di sini hari ini.

Mengulas lanjut kata beliau, kerajaan negeri berhasrat untuk memperluaskan lagi penanaman harum manis Kedah di ladang tersebut sekali gus mendominasi pasaran buah tersebut di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI