fbpx

KUDR pertingkat infrastruktur utiliti dengan lebih berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (empat dari kanan) pada majlis pelancaran KUDR di Ipoh, Perak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR) yang baru dilancarkan bakal mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat negeri Perak menerusi rantaian nilai infrastruktur utiliti negeri yang lebih teratur. 

Melaluinya juga, ia akan dapat menikmati pembangunan yang lestari dan melalui pemasangan infrastruktur utiliti yang lebih terancang dan dipantau dengan berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, seiring dengan pelancaran KUDR, sistem KUDR Atas Talian (Kudrat) juga telah diperkenalkan. 

Menurut beliau, Kudrat adalah lebih daripada sistem online biasa dan akan mengubah lanskap tadbir urus pembangunan infrastruktur utiliti negeri.

“Ini mencerminkan kepekaan KUDR terhadap kepentingan bekerjasama dan keperluan kemajuan teknologi bagi menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh setiap pihak yang terkesan dalam industri utiliti, termasuk agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

KUDR adalah sebuah anak syarikat PKNPk yang telah diberi mandat sebagai agensi penyelaras koridor utiliti negeri yang berperanan sebagai agensi sehenti bagi mengurus prosedur permohonan, pembangunan, penyelenggaraan dan pengalihan utiliti di jalan raya sedia ada (Brownfield) dan jalan raya baru (Greenfield).

Ia juga bertanggungjawab mengendalikan semua proses berhubung pembangunan infrastruktur utiliti dari permohonan permit hingga ke penyediaan pelan pemetaan utiliti, pelan kawalan trafik dan juga pelan siap bina. 

Melalui peranan khusus tersebut, pengumpulan dan pengemaskinian data utiliti dapat dilakukan secara lebih tepat, konsisten, lengkap dan terkini. 

Matlamat inisiatif ini adalah pemasangan infrastruktur utiliti yang lebih terancang, terkawal dan bersistematik bagi keseluruhan negeri Perak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI