fbpx

Polis tembak mati remaja ‘radikal’ 16 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis berada di lokasi kejadian tikaman di tempat letak kereta Bunnings di Willetton. – AGENSI 

CANBERRA – Polis negeri Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki ‘radikal’ berumur 16 tahun yang menikam seorang lelaki di sebuah tempat letak kereta di Perth, kata pihak berkuasa hari ini.

Remaja itu ‘menerpa’ ke arah polis yang menembaknya sebanyak dua kali dengan menggunakan pistol renjatan elektrik sebelum melepaskan satu das tembakan peluru hidup.

“Terdapat petunjuk dia menjadi radikal secara online. Bagaimanapun, saya mahu menyakinkan orang ramai pada peringkat ini bahawa penyerang bertindak bersendirian,” kata Ketua Menteri Australia Barat, Roger Cook.

Polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lewat kelmarin bahawa dia akan melakukan ‘tindakan keganasan’ tanpa mendedahkan namanya atau lokasi, kata pesuruhjaya polis, Kolonel Blancah kepada pemberita.

“Beberapa minit kemudian, satu lagi panggilan kecemasan memaklumkan polis bahawa seorang remaja lelaki bersenjatakan pisau berkeliaran di tempat letak kereta di Willetton, pinggir Perth,” katanya.

Kamera badan polis menunjukkan remaja itu enggan mematuhi  arahan supaya meletakkan pisaunya.

Pisau sepanjang 30 sentimeter itu dipercayai pisau dapur dan dibawa dari kediaman penyerang.

Penyerang cedera terkena tembakan dan meninggal dunia di sebuah hospital tidak lama kemudian, kata polis. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI