fbpx

Penubuhan Suruhanjaya Pekerja GIG perlu disegerakan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penuhuhan Suruhanjaya Pekerja GIG dapat disegerakan.

Anwar berkata, penubuhan itu adalah bagi memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.

“Dalam kerajaan kalau dia perihatin dia kena fikir penjawat awam…(kerajaan) ada KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

“Ada yang tidak diwakili secara langsung sebab itu Suruhanjaya Pekerja GIG itu perlu dan kita minta disegerakan supaya diberikan perhatian yang lebih,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu, pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) baru-baru ini, Anwar berkata, Suruhanjaya Pekerja Gig akan ditubuhkan bagi melindungi hak pekerja gig yang kini sudah mencecah 1.12 juta rakyat, terutama dalam kalangan anak muda.

Anwar berkata, keutamaan suruhanjaya itu untuk memberikan keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI