fbpx

Norjuma didakwa tendang betis, tampar pipi individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norjuma.

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti Norjuma Habib Mohamed didakwa di empat Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan iaitu mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Bagaimanapun Norjuma, 44, mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd. Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd. Halim.

Bagi tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pukul 3 petang pada 29 Mac 2018 di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini.

Selain itu, bekas selebriti itu juga telah didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd. Afiq Ismail pada pukul 8.43 malam pada 21 Februari 2017 di sebuah premis perniagaan.

Tertuduh juga didakwa telah menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli pada pukul 10.30 pagi pada 18 Oktober 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Kesemua pertuduhan mendatangkan cedera itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 arau kedua-dua sekali.

Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium.

Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan Norjuma diikat jamin RM6,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Beliau juga diperintahkan agar tidak menganggu atau menghubungi mangsa.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.

Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI