fbpx

[VIDEO] Tragedi helikopter TLDM: Muhammad Faisol dikebumi sebelah kubur ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Muhammad Faisol selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muhtadin di Sik Dalam, Sik, malam ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

SIK – Jenazah Pegawai Waran II, Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun, 36, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, selamat dikebumikan sebentar tadi.

Jenazah Muhammad Faisol selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muhtadin di Sik Dalam, di sini kira-kira pukul 10.10 malam.

Arwah dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Allahyarham Fatimah Abdullah yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Tanah perkuburan tersebut turut menempatkan kubur bapa arwah, Allahyarham Tamadun Othman yang juga meninggal pada tahun sama.

Suasana sayu menyelubungi majlis pengebumian apabila anak perempuan sulung arwah, Nur Sya Indah Aulia, 10, menangis dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga.

Sesi pengebumian dihadiri lebih 1,000 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan arwah dan dilakukan mengikut istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terdahulu, jenazah Muhammad Faisol seterusnya tiba di pekarangan rumah kakaknya, Noryani, 50, di Kampung Tanjung, di sini kira-kira pukul 8.55 malam dan berada di situ kira-kira lima minit.

Jenazah selepas itu dibawa ke Masjid Al-Muhtadin untuk disembahyangkan sekali lagi sebelum dikebumikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI