fbpx

[VIDEO] Hina, maki hamun pekerja tol gara-gara tak cukup baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik Azfa Mierul di aplikasi X memaparkan kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Duke Segambut.

PETALING JAYA – Tular di media sosial memaparkan video seorang lelaki bertindak memaki hamun pekerja tol gara-gara bakinya kurang sehingga mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh abang kepada pekerja tol itu dikenali sebagai Azfa Mierul, kejadian berlaku di plaza tol Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke) Segambut.

Menurut kisah yang diceritakan adiknya, ketika kejadian, lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic berkenaan tidak dapat melepasi tol kerana baki kad Touch n’ Go miliknya kurang.

Kemudian, lelaki yang didakwa berusia anggaran 60-an itu memberikan wang tunai sebelum ditolak oleh pekerja tol kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau Touch n’ Go sahaja.

“Kemudian adik saya (pekerja tol) tanya dia (pemandu Honda Civic) ada kad bank tak, dan dia kata ada. Adik saya minta dia untuk undur dan masuk lorong tiga.

“Pemandu berkenaan undur. Dan berhenti lama bagi ‘double signal’. Tak lama lepas tu dia masuk balik lorong satu dan mula maki hamun adik saya dengan persoalkan buat kerja apa je, tuduh makan gaji butalah. Siap panggil dia kurang bijaklah.

“Siap kata nak lempang adik saya sebab katanya hari-hari dia kerja lempang orang. Bila adik keluar telefon nak rakam dia maki hamun barulah dia nak perlahankan suara,” ceritanya.

Sehingga kini ciapannya mendapat lebih 2,200 ulang ciap dan 3,400 tanda suka.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut sekali gus menasihati pekerja tol itu untuk terus bersabar dalam berdepan pelbagai ragam pengguna jalan raya.

“Aku kerja tol selalu dah kena begini. Tak semua pengguna jalan raya bijak. Ramai spesies macam ni, selalu rasa diri mereka terpaling bagus,” komen Shida.

“Beritahu adik awak yang dia kuat. Selagi mencari rezeki yang halal, tiada pekerjaan dalam dunia yang hina untuk dia. Banyakkan bersabar dik,” komen Hairil pula.

“Wah dia kerja apa hari-hari lempang orang. Sedap-sedap je nak hina pekerjaan orang. Apa pun adik abang terbaik, susah nak jumpa orang yang ‘cool’ zaman sekarang ni,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI