fbpx

Perak lokasi sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun ini akan berlangsung di Taman Tema Lost World of Tambun (LWOT) di sini pada 4 Mei hadapan.

Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sambutan berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 9 pagi.

“Kita telah berjaya membawa sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia di Ipoh di kawasan Parlimen Tambun dan ia akan dirasmikan oleh Anwar di LWOT pada pukul 9 pagi. Pelbagai acara akan berlangsung pada sambutan berkenaan.

“Antaranya ialah perbarisan kawalan kehormat bomba, perarakan kontinjen daripada pelbagai unit, demonstrasi bom air dari helikopter, pertunjukkan ular dan penampilan khas ‘abang sado’,” katanya di sini.

Kor Ming berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DAP Bersama Media Perak di Ipoh semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DAP bersama Media Perak di Warung Theater @ Cathay by Nifayyi di sini semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, peruntukan RM267 juta untuk perolehan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diumumkan sebelum ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pasukan itu dalam menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata, pasukan bomba ketika ini berkhidmat dalam pelbagai bentuk situasi dan tidak hanya melakukan tugas-tugas memadam kebakaran namun turut melibatkan khidmat kemanusiaan serta kes-kes kecemasan lain.

“Sekarang ‘abang sado’ pun datang tangkap ular yang memasuki rumah orang. Beberapa hari lepas mereka tangkap buaya di Melaka.

“Sarang tebuan pun panggil bomba juga. Semuanya perlukan khidmat bomba dan kerana itulah tahun ini kita beri peruntukan paling tinggi dalam sejarah kepada pasukan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI