fbpx

Wanita simbah air panas pada pemuda OKU direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek wanita yang menyimbah air panas ke arah pemuda OKU Sindrom Down direman empat hari, bermula hari.

BALIK PULAU – Wanita yang disyaki bertindak menyimbah air panas ke arah pemuda orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down, semalam telah ditahan reman selama empat, bermula hari ini.

Permohonan reman ke atas wanita berusia 39 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret Balik Pulau, sebentar tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman ke atas wanita terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, punca kejadian suspek menyimbah air panas ke arah mangsa masih dalam siasatan.

“Belum dapat disahkan lagi sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental mahupun sebaliknya. Siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan suspek wanita tersebut sudah ditahan polis di kawasan berhampiran lokasi kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, malam tadi.

Penahanan wanita terbabit dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) kurang empat jam kejadian itu tular di media sosial, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.24 pagi itu, mangsa berusia berusia 33 tahun itu disahkan mengalami kecederaan melecur pada sebahagian belakang dan depan badan sebelah kanan akibat disimbah dengan air panas dan bukannya asid.

Kejadian berlaku ketika mangsa berada bersama suspek di dalam lif perumahan berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI