fbpx

Tun Mohammed Hanif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni ketika membaca doa dan talkin sejurus selesai majlis pengebumian jenazah Allahyarham Mohammed Haniff Omar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan, jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Negara untuk dimandi, dikafankan, disolat serta penghormatan terakhir.

Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Majlis penghormatan terakhir di Masjid Negara itu dihadiri hampir 1,000 orang kenalan termasuk ahli keluarga serta pegawai dan anggota polis.

Hadir memberi penghormatan terakhir adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, KPN, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut hadir, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari kediaman di No.21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam dan sslamat tiba di Masjid Negara kira-kira pukul 11.10 pagi.

Tun Mohammed Hanif, 85, merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970 dan kemudiannya Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI