fbpx

MotoGP: Bagnaia bimbang pencabar agresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA mengakui merasai tekanan musim ini ekoran corak tunggangan agresif para pencabarnya. - AFP

LONDON – Juara dunia berganda, Francesco Bagnaia dilihat mula tertekan dengan cabaran perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas hanya sekadar mampu menamatkan saingan di tangga kelima pada Grand Prix (GP) Americas minggu lalu.

Tegas Bagnaia, tunggangan agresif yang dipamerkan Jorge Martin, Pedro Acosta, dan Marc Marquez di Austin menyebabkan dia gagal menguruskan tayar dengan cara terbaik sekali gus terpaksa berhati-hati untuk terus mengutip mata.

Pada perlumbaan tersebut, Bagnaia berdepan dengan masalah brek hadapan dan terpaksa meneruskan aksi dengan tidak mengambil risiko bagi mengelak kehilangan mata selepas terjatuh di GP Portugal bulan lalu.

“Sejujurnya, Pedro benar-benar kuat kerana dia tidak kisah mengenai tayar mahupun takut. Bersaing di kelompok hadapan di Austin tanpa sebarang pengalaman MotoGP bagi saya ini adalah sesuatu yang hebat.

“Jadi, saya hanya perlu memuji apa yang dipamerkan Pedro sesuatu yang luar biasa. Pedro dan KTM adalah kombinasi yang hebat musim ini.

“Apapun, perlumbaan masih lagi panjang dan saya mahu kekal tenang untuk melakukan terbaik menjelang perlumbaan seterusnya nanti,” kata Bagnaia.

Bagnaia yang melakar kemenangan pada aksi pembukaan di Qatar jatuh di tangga kelima carta kedudukan MotoGP dengan mengumpul 50 mata dan Jorge Martin dilihat selesa di puncak dengan mengumpul 80 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI